Repeater adalah sebuah alat yang mempunyai dua port penguat isyarat. Ia
digunakan untuk memanjangkan sambungan rangkaian (kabel atau Wireles )
yang melebihi dari had maksima yang dibenarkan. Kekuatan isyarat akan
semakin menyusut apabila ia melalui kabel yang panjang, sekiranya ia
melebihi dari had yang dibenarkan kemungkinan isyarat tersebut akan
terus menyusut dan hilang. Repeater akan menerima isyarat digital dari
salah satu portnya kemudian menguatkan isyarat tersebut sebelum
menghantar isyarat tersebut keluar. Fungsi repeater ini sama dengan
Stereo Amplifier di rumah di mana isyarat dari pemain CD, atau pemain
Kaset akan memasuki amplifier, isyarat tersebut kemudian dikuatkan
sebelum dihantar keluar ke pembesar suara. Fungsi repeater sebagai
penguat isyarat hampir sama dengan sistem stereo di rumah .Repeater akan
menguatkan dan mengulang semula apa saja isyarat yang diterima sebelum
ia dihantar keluar. Repeater tidak melihat pada kualiti data sebaliknya
ia hanya melihat denyut data digital secara individu dan terus
menguatkannya. Ia tidak mempunyai kepintaran memilih data. Sekiranya
isyarat tersebut mengandungi frame data yang tidak baik atau hingar, ia
juga turut dikuatkan. Di sini ada dua frekwensi yang berbeda. Satu
frekwensi untuk menerima (RX/Receive) satu lagi frekwensi untuk mengirim
(TX/Transmite). Untuk itu alat yang dipakai harus mendukung 2 kedua
frekwensi tersebut. Yang bisa disebut yang mempunyai fasilitas Simplex
Duplex
YOU MIGHT ALSO LIKE